Menggalakkan makan tumbuhan (plants) untuk kesihatan. Mengurangkan makan haiwan (animals). Sambil-sambil tu, minat muzik metal keras. Dan juga seorang Melayu Muslim. *Semua masakan adalah dimasak oleh isteri saya (saya tukang pos ke blog sahaja hehe). Ke arah mati umur 60-70 tahun sebab tua bukan mati 40-60 tahun sebab sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser.

Khamis, 14 Mei 2026

Alam semesta adalah makhluk yang boleh dicerap secara empirikal

Alam semesta adalah fizikal. Bila fizikal ia terbuka kepada cerapan empirikal.

Jika alam semesta bersifat infiniti, membuktikannya menjadi masalah, walaupun pelbagai teori telah dibangunkan.

Jika alam semesta bersifat finite (terhingga), membuktikannya juga menjadi masalah, walaupun pelbagai teori turut dibangunkan.

Cerapan empirikal sehingga hari ini masih belum mampu membuktikan secara muktamad sama ada alam semesta bersifat infiniti ataupun finite. Maka di sinilah falsafah mula memikul beban persoalan-persoalan besar berkaitan kewujudan, ruang, sempadan dan realiti.

Saintis Hardcore

- Stephen Hawking (alam semesta terhingga tetapi tiada sempadan)

- Roger Penrose (cenderung kepada alam semesta berkitar dan tidak terhingga)

- Sean Carroll (cenderung kepada alam semesta tidak terhingga)

- Alan Guth (cenderung kepada alam semesta tidak terhingga)

- Andrei Linde (sangat cenderung kepada alam semesta tidak terhingga dan multiverse)

- Leonard Susskind (cenderung kepada multiverse dan landskap tidak terhingga)

- Max Tegmark (sangat cenderung kepada infiniti matematik)

- Edward Witten (tidak pasti / dimensi tinggi spekulatif)

- George Ellis (berhati-hati dan agnostik terhadap infiniti fizikal)

- Lawrence Krauss (cenderung kepada kosmologi tidak terhingga)

Ahli Falsafah Sains Hardcore

- Tim Maudlin (agnostik / bergantung kepada fizik)

- David Albert (terbuka kepada model tidak terhingga)

- William Lane Craig (pendukung alam semesta terhingga)

- Quentin Smith (cenderung kepada kosmologi tidak terhingga)

- John Leslie (struktur kemungkinan tidak terhingga)

- Adolf Grünbaum (skeptikal / agnostik)

Persoalan apakah “di dalam” dan “di luar” alam semesta merupakan perbahasan panjang yang telah berlarutan sejak zaman Aristotle dan Plato lagi. Dan sehingga hari ini, ia masih belum benar-benar selesai.

Sebahagian daripada kita suka mentertawakan pemikiran ahli falsafah Yunani kerana merasakan manusia moden sudah jauh lebih maju memahami alam semesta. Tetapi hakikatnya, ramai saintis dan ahli falsafah moden yang jauh lebih canggih peralatannya masih terus mencerap, menyiasat dan berdebat tentang persoalan yang sama.

Alam semesta ialah makhluk yang dicipta. Maka mengkajinya sedalam mana pun tidak menjadi masalah.

Namun Allah SWT bukan makhluk, bahkan Al-Khaliq. Selain Allah SWT, semuanya ialah makhluk.

Apabila zat Allah SWT mula disamakan dengan kaedah keberadaan makhluk, maka pelbagai kekeliruan akan muncul. Di situlah manusia mula memasuki “rabbit hole” metafizik yang sangat panjang dan mungkin tiada penghujungnya.


Rabu, 13 Mei 2026

Buku Understanding The Four Madhhabs (Abdal Hakim Murad)


Hebat karya pendek ini. Ringkas, pantas dan terang.

30 m/s keseluruhan tetapi separuhnya adalah footnote.

Sebab itu antara harapan saya ialah anak saya dapat bersuhbah dengan beliau, Sh Abdal Hakim Murad, sebagai murid. 

Belief (kepercayaan)

Pada zaman ini, belief (kepercayaan) dilihat dari satu perspektif sahaja iaitu kepercayaan belum tentu betul kerana ia bergantung kepada perasaan seseorang terhadap maklumat tertentu walaupun ianya bukanlah kebenaran.

Satu lagi perspektif yang kurang diberi perhatian ialah kepercayaan itu memang telah betul, cuma tiada siapa pun yang berupaya untuk membuktikannya pada waktu itu.

Pembuktian itu pun perlu suatu definisi yang lain pula.

Kerana belief bukan semestinya berdasar kepada knowledge (ilmu). Kerana ilmu mesti betul.

Ilmu tidak jadi ilmu jika ia tidak betul.

Saya bercakap mengenai perbalahan theist vs atheist.

*Inilah kesan baca buku falsafah. Bagus atau tidak?