Menggalakkan makan tumbuhan (plants) untuk kesihatan. Mengurangkan makan haiwan (animals). Sambil-sambil tu, minat muzik metal keras. Dan juga seorang Melayu Muslim. *Semua masakan adalah dimasak oleh isteri saya (saya tukang pos ke blog sahaja hehe). Ke arah mati umur 60-70 tahun sebab tua bukan mati 40-60 tahun sebab sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser.

Sabtu, 17 Jun 2023

Nanas MD2 tanam sendiri

Beli anak pokok kat ladang nanas. Kemudian tanam sendiri. Hampir setahun setengah baru berbuah kemudian berbula-bulan baru masak boleh petik. Ada le ilmu menanam nanas yang saya dan isteri tak tau tu. Main tanam je. Ada tips nak tanam nanas dengan betul? Sila share.


Nanas MD2 paling fresh. Lepas 5 minit petik terus potong dan makan. Yummy!

Nanas ialah buah bukan sayur. Tapi tag jugalah sebagai sayur haha...
 

Jumaat, 16 Jun 2023

Lunch dan dinner 16 Jun 2023

Nasi goreng cendawan (tak nampak sebab tersembunyi) dan grilled snap peas + broccoli
 
Ni kira junk food vegan la kot. Mee segera (asam laksa) bersama sayuran tauhu, cendawan dan grilled snap peas + broccoli + cauliflower

Dari mana nak dapatkan zat kalsium?

Kita selalu diberitahu bahawa untuk mendapatkan zat kalsium, kita perlu memakan yogurt, susu dan keju. Ataupun dengan memakan banyak makanan berasal dari haiwan.

Yang tidak selalu diberitahu ialah kita juga boleh dapatkan zat kalsium dari makanan berasal dari tumbuhan.

Boleh dilihat dari gambar di bawah ini. Sebahagian besar dari sayuran ini boleh dibeli dengan mudah dan murah. Harga rahmah lagi madani (jika dibandingkan dengan sumber kalsium dari haiwan).