Menggalakkan makan tumbuhan (plants) untuk kesihatan. Mengurangkan makan haiwan (animals). Sambil-sambil tu, minat muzik metal keras. Dan juga seorang Melayu Muslim. *Semua masakan adalah dimasak oleh isteri saya (saya tukang pos ke blog sahaja hehe). Ke arah mati umur 60-70 tahun sebab tua bukan mati 40-60 tahun sebab sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser.

Jumaat, 16 Jun 2023

Dari mana nak dapatkan zat kalsium?

Kita selalu diberitahu bahawa untuk mendapatkan zat kalsium, kita perlu memakan yogurt, susu dan keju. Ataupun dengan memakan banyak makanan berasal dari haiwan.

Yang tidak selalu diberitahu ialah kita juga boleh dapatkan zat kalsium dari makanan berasal dari tumbuhan.

Boleh dilihat dari gambar di bawah ini. Sebahagian besar dari sayuran ini boleh dibeli dengan mudah dan murah. Harga rahmah lagi madani (jika dibandingkan dengan sumber kalsium dari haiwan).



Tiada ulasan:

Catat Ulasan