Menggalakkan makan tumbuhan (plants) untuk kesihatan. Mengurangkan makan haiwan (animals). Sambil-sambil tu, minat muzik metal keras. Dan juga seorang Melayu Muslim. *Semua masakan adalah dimasak oleh isteri saya (saya tukang pos ke blog sahaja hehe). Ke arah mati umur 60-70 tahun sebab tua bukan mati 40-60 tahun sebab sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser.

Jumaat, 30 Jun 2023

Kesan hasil tenusu yang membimbangkan terhadap kesihatan

 


Sejak bila anda minum susu lembu secara regular? 10 tahun lepas? 20 tahun lepas? Sebelum itu adakah kita atau mak bapak atau tok nenek kita minum susu lembu. Tidak. 

Minum susu lembu secara berterusan bukanlah budaya orang Melayu kita. Bahkan ianya adalah budaya Barat yang semakin hari semakin menular dalam kehidupan kita. Kita yang lahir tahun 70an/80an tidak biasa minum susu lembu tetapi anak-anak kita, telah kita biasakan dengan minum susu lembu.

Buatlah sedikit bacaan mengenai susu lembu dan hasil tenusu dan kita akan dapat mencari jawapannya. Bahkan sudah ada gerakan yang sangat kuat untuk mengelak dari minum dan makan dari hasil tenusu di Barat. Boleh baca terjemahan artikel di bawah yang saya buat ini sebagai permulaan.

-------------------------------

[ARTIKEL ASALDiterjemah menggunakan google translate yang kemudiannya saya buat proofread secara santai.

Susu dan produk tenusu lain adalah sumber utama lemak tepu dalam diet Amerika, menyumbang kepada penyakit jantung, diabetes Type 2, dan penyakit Alzheimer. Kajian juga telah mengaitkan tenusu dengan peningkatan risiko kanser payudara, ovari dan prostat.

Lemak Tepu dan Penyakit Jantung

Susu dan produk tenusu lain adalah sumber utama lemak tepu yang menyumbat arteri dalam diet Amerika. Produk susu juga mengandungi kolesterol. Pembunuh utama di Amerika ialah diet tinggi lemak, lemak tepu, dan kolesterol yang meningkatkan risiko penyakit jantung. Keju juga sangat berbahaya. Keju adalah 70 peratus lemak.

Intoleransi Laktosa

Bayi dan kanak-kanak menghasilkan enzim yang memecahkan laktosa, gula yang terdapat dalam susu ibu dan susu lembu, tetapi apabila kita membesar, ramai di antara kita kehilangan kapasiti ini. Intoleransi laktosa adalah perkara biasa, menjejaskan kira-kira 95 peratus orang Asia Amerika, 74 peratus orang asli Amerika, 70 peratus orang Afrika Amerika, 53 peratus orang Mexico Amerika, dan 15 peratus orang Kaukasia. Gejala termasuk sakit perut, cirit-birit, dan gas (angin).

Kesihatan Tulang

Penyelidikan menunjukkan bahawa produk tenusu mempunyai sedikit atau tiada manfaat untuk kesihatan tulang. Menurut analisis yang diterbitkan dalam Jurnal Perubatan British, kebanyakan kajian gagal menunjukkan sebarang kaitan antara pengambilan tenusu dan patah tulang, atau keretakan tulang (sebelum ini kita dimomokkan bahawa banyak minum susu = tulang kuat). Dalam satu kajian, penyelidik menjejaki diet, senaman, dan kadar patah tulang pada gadis remaja telah membuat kesimpulan bahawa produk tenusu dan kalsium tidak menghalang patah tulang apabila tulang berada dalam tekanan. Satu lagi kajian ke atas lebih 96,000 orang mendapati bahawa lebih banyak susu  diambil semasa remaja, lebih banyak kes patah tulang yang dialami oleh orang lelaki ketika dewasa. Ketahui tentang cara membina tulang yang kuat pada diet berasaskan tumbuhan.

Kanser

Penyelidikan telah mengaitkan kandungan lemak tinggi dan hormon yang ada dalam susu, keju, dan produk tenusu lain dengan kanser payudara.

Satu kajian terhadap hampir 10,000 wanita mendapati bahawa mereka yang mengambil diet rendah lemak mempunyai risiko 23% lebih rendah untuk kanser payudara berulang. Mereka juga mempunyai risiko 17% lebih rendah untuk mati akibat penyakit ini.

Kajian 2017 yang dibiayai oleh Institut Kanser Kebangsaan yang membandingkan diet wanita yang didiagnosis dengan kanser payudara dengan mereka yang tidak mempunyai kanser payudara mendapati bahawa mereka yang mengambil paling banyak keju Amerika, cheddar dan keju krim mempunyai risiko 53% lebih tinggi untuk kanser payudara.

Kajian Life After Cancer Epidemiology mendapati, dalam kalangan wanita yang sebelum ini didiagnosis menghidap kanser payudara, mereka yang mengambil satu atau lebih hidangan produk tenusu tinggi lemak (cth., keju, ais krim, susu penuh) setiap hari mempunyai 49% lebih tinggi kematian disebabkan oleh kanser payudara, berbanding dengan mereka yang mengambil kurang daripada setengah hidangan setiap hari.

Penyelidikan yang dibiayai oleh Institut Kanser Kebangsaan, Institut Kesihatan Nasional, dan Dana Penyelidikan Kanser Dunia, mendapati bahawa wanita yang mengambil 1/4 hingga 1/3 cawan susu lembu setiap hari mempunyai 30% peningkatan peluang untuk kanser payudara. Satu cawan setiap hari meningkatkan risiko sebanyak 50%, dan 2-3 cawan dikaitkan dengan peningkatan peluang kanser payudara sebanyak 80%. 

Pengambilan produk tenusu secara berterusan juga telah dikaitkan dengan kanser prostat.

Pengambilan produk tenusu yang tinggi termasuk susu kbiasa dan rendah lemak meningkatkan risiko kanser prostat, menurut meta-analisis yang melihat 32 kajian. Dalam kajian yang lain, lelaki yang mengambil tiga atau lebih hidangan produk tenusu sehari mempunyai risiko 141% lebih tinggi untuk mati akibat kanser prostat berbanding mereka yang mengambil kurang daripada satu hidangan.

Mengelakkan produk tenusu dan makan lebih banyak diet berasaskan tumbuhan boleh membantu melindungi prostat. Satu kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition mendapati bahawa lelaki yang mengikuti diet vegan mempunyai risiko kanser prostat 35% lebih rendah daripada mereka yang mengikuti diet bukan vegetarian, lacto-ovo-vegetarian, pesco-vegetarian, atau separa vegetarian.

[ARTIKEL PENUH pdf boleh download DI SINI]

Khamis, 29 Jun 2023

Selamat Hari Raya Eiduladha 2023

 



Selamat Hari Raya Aidiladha

2023/1444

Dr Ibrisam Akbar + keluarga.


Dinner 26 Jun 2023 Kedai makan tomyam lauk sayur

 


Masa kami bercuti di Cameron Highlands malamnya kami beli dari kedai tomyam. Tomyam sayur dan sayur kailan (tanpa ikan masin).

Masa order, saya bagitau untuk apa yang kami nak makan pastikan tiada ayam, daging, ikan etc. Apa-apa sahaja dari haiwan, kami tak boleh makan. Wife betulkan, bukan tak boleh makan tapi tak mahu makan.

Terbaca tentang keluhan seorang vegan/plant-based yang kata nak percaya pun susah entah diorang ni guna stok ayam ke. Ini adalah keluhan yang valid. Ini adalah disebabkan kesedaran tentang pemakanan vegan/plant-based di negara kita masih tak meluas lagi. Cuba kita tanya kat pelayan tu, ada pakai stok ayam? Stok daging? Paste ikan bilis? Akibatnya, lebih buruk ie vegan/plant-based akan menjadi stigma.

Jalan keluar? 

  1. Kurangkan makan luar. 
  2. Luaskan kesedaran terhadap vegan/plant-based
  3. Jangan sangat bertanya. Kalau was-was, tak perlu makan.
Lagipun kita orang Islam telah dididik untuk tidak melampau dalam bertanya dan bersederhana dalam setiap keadaan.


AL-KAFI #552 : HUKUM MENJADI VEGETARIAN


 

[PAUTAN ASAL dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan]

Soalan:

Salahkah kalau umat Islam ingin menjadi vegetarian?

Jawapan:

Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, ‘vegetarian’ bermaksud: “orang yg tidak makan daging, ikan, dsb tetapi hanya memakan sayur­sayuran atas sebab-sebab peribadi, kepercayaan, dll.”

Berdasarkan kenyataan ini, kita boleh bahagikan golongan vegetarian ini kepada dua:

  1. Vegetarian atas sebab peribadi;
  2. Vegetarian atas sebab kepercayaan.

Jika seseorang itu menjadi vegetarian atas sebab peribadi, seperti diet dan kesihatan, atau secara nisbi ingin menjaga ekosistem dan berlebihan makan daging, maka ini dibolehkan. Ini kerana soal makanan itu adalah soal pilihan lagi mubah. Daripada Ibn Umar R.Anhuma, sabda Nabi SAW:

الضَّبُّ لَسْتُ آكُلُهُ وَلاَ أُحَرِّمُهُ

Maksudnya: “Aku tidak makan dhab dan tidak pula mengharamkannya.”

Riwayat al-Bukhari (5216)

Hadis ini menunjukkan, bahawa seseoran itu boleh memilih untuk tidak makan suatu makanan yang halal atas alasan peribadi seperti tidak selera dan sebagainya, tanpa diiktiqadkan haram kerana urusan halal dan haram adalah urusan Allah SWT semata.  

Dalam kitab al-Muwatta’ susunan Imam Malik Rahimahullah juga menyebutkan riwayat daripada Yahya bin Said, bahawa Umar al-Khattab RA berkata:

إِيَّاكُمْ وَاللَّحْمَ فَإِنَّ لَهُ ضَرَاوَةً كَضَرَاوَةِ الْخَمْر

Maksudnya: “Awasilah kamu ketika mengambil daging sebagai makanan, kerana padanya terdapat ketagihan seperti ketagihan meminum arak.”

Riwayat Malik (36)

Yakni jika berlebihan, dan ketagihan itu tidak elok dalam apa perkara sekalipun.

Manakala jika menjadi vegetarian atas sebab kepercayaan, seperti kepercayaan agama lain bahawa daging lembu itu diharamkan, mengharamkan memakan daging secara mutlak, atau menafikan pensyariatan korban pada Hari Aidiladha dan hukum sunat memakan daging korban, maka sikap ini adalah haram di dalam Islam.

Kami berpendapat bahawa memilih makanan yang elok lagi berzat dan bervitamin adalah amat dituntut. Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.

(Surah al-Baqarah, 2:172)

Daripada Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW sebelum menyebut ayat di atas:

أَيُّهَا النَّاسُ، إِنَّ اللهَ طَيِّبٌ لَا يَقْبَلُ إِلَّا طَيِّبًا، وَإِنَّ اللهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِينَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِينَ

Maksudnya: “Wahai manusia, sesungguhnya Allah itu Maha Baik, tidak menerima sesuatu melainkan yang baik sahaja, dan sesungguhnya Allah memerintahkan ke atas orang beriman sebagaimana Dia memerintahkan ke atas rasul-rasul.”

Riwayat Muslim (1015)

Ini menunjukkan Islam mengarahkan kita agar memelihara tubuh kita dengan memakan makanan yang baik dan memberi manfaat kepada tubuh badan agar dapat melaksanakan tugas sebagai hamba-Nya dengan cemerlang. Jika dengan menjadi seorang vegetarian, tidak menyebabkan kita kekurangan zat dan mendatangkan keburukan, maka hukumnya adalah harus. Ini mestilah dengan syarat tidak mengharamkan apa yang Allah halalkan atau kerana mempercayai akidah bidaah yang tidak ada asalnya di dalam Islam. Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat. Wallahu’alam.


Rabu, 28 Jun 2023

Semua vegan/plant-based outlet adalah halal?


Secara umumnya kedai makanan vegan/plant-based majoritinya dimiliki dan diusahakan oleh golongan bukan Islam di negara kita. Dan secara umumnya, pengamal makanan vegan/plant-based juga adalah strict (keras) dalam memastikan bahawa apa yang disaji dan dimakan adalah 100% vegan/plant-based. Bahkan ramai juga yang menyamakan kekerasan ini serupa dengan orang Islam yang mengelak dari makan haiwan yang haram dimakan (babi dan sebagainya).

Kalau begitu sudah tentulah kedai makanan tersebut 100% halal kerana vegan/plant-based adalah 100% tumbuhan dan tiada unsur binatang?

Belum tentu lagi, kerana kita tidak lagi mengambil kira tentang unsur alkohol/liqour yang mungkin ditambah dalam penyediaan makanan vegan/plant-based. Walaupun diketahui bahawa vegan/plant-based mengelak alkohol/liqour kerana ianya ada unsur haiwan tetapi sebenarnya ada juga alkohol/liqour  yang berasal dari tumbuhan. Boleh saja kita google dan antara contohnya di sini [LINK].

Maka sebenarnya tidak cukup dengan yakin atas 100% vegan/plant-based, perlu juga ditanya samada ada unsur alkohol/liqour dalam makanan yang disajikan atau tidak. Sebelum hadir untuk makan ke kedai tersebut, perlu ditanya adakah makanan dalam kedai tersebut bebas alkohol/liqour 100%?

Setelah ditanya, maka terpulanglah samada boleh diteruskan untuk makan atau tidak. Dan semua ini adalah bergantung kepada ketakwaan kita.

Penyelesaian kepada masalah ini adalah dengan meneruskan awareness (kesedaran) terhadap pentingnya kita membanyakkan makan sayuran berbanding haiwan atas sebab kesihatan, sustainability, environment dan etika di kalangan orang Islam. Ini adalah kerana jika banyak permintaan, maka teori ekonomi mengatakan bahawa makin banyak penawaran (demand-supply). Kedai makan vegan/plant-based yang diusahakan oleh orang Islam pun makin bertambah.

Ya, ianya adalah satu harapan/kerja yang nampak susah dan mungkin mustahil tetapi jika tidak diusahakan sekarang, bila lagi? 

Selasa, 27 Jun 2023

Lunch 26 Jun 2023 (RnR Sungai Buloh)

Kami bercuti satu family ke Cameron Highlands. Dari Putrajaya ke Cameron Highlands, hampir 4 jam baru sampai homestay. Singgah di RnR Sungai Buloh untuk lunch. Alhamdulillah, gerai nasi campur yang kami survey, hampir kesemuanya ada 3-4 masakan sayuran. Apalagi, belasah!

Pinggan wife saya RM5.50.

Pinggan saya RM6.50

Bersama air spritzer 2 botol, RM4. Total RM16 atau RM8 seorang.

Kalau tambah ayam seketul mungkin kena tambah RM5 atau RM6?

Anak-anak pula mereka pakat-pakat nak makan Burger King. OK la, nak sekali bercuti sama-sama mungkin 2 kali setahun je (ada anak di madrasah yang cuti panjang mereka tak ikut cuti sekolah biasa). Kami tak mau bagi stress kat mereka yang baru nak menghadap perjalanan plant-based kedua maka bapak mereka yang baru 3 bulan.

Tapi total kos untuk Burger King 6 adik beradik hampir RM90! Atau RM15 seorang.

Nyata di sini bahawa, bukan sahaja kesihatan lebih baik dengan diet plant-based bahkan kos pun lebih murah.

*kita boleh paksa diri kita untuk amalan individu, tapi kita tak boleh paksa orang lain - sebaliknya kita tunjukkan (syiar) kebaikan amalan tersebut tersebut. Moga-moga, Allah swt ubah hati mereka.

 

Isnin, 26 Jun 2023

Komentari: Keletihan dalam digital content

Artikel asal [#NSTviral: Netizens voice concern over content creators' burnout]

Digital content terlampau banyak sekarang ini. Free pula tu. Yang popular dahulu, bila-bila masa sahaja boleh disailang.

Yang tetap untung ialah platform digital content tersebut. Income steady. Digital creator mati-matian berebut 1st spot. Yang loose out, tiada apa compensation pun. Hilang begitu sahaja.

Yang mahu full-time mahupun part-time dengan digital content kena bersedia dengan keadaan ini. Sentiasa plan ahead, andaikata content anda sudah tidak menjadi, statik dan followers sudah tidak mahu menonton apa yang anda sajikan. Sedangkan perkembangan digital ini sangat laju dan susah nak catch up.

Generasi anak-anak kita perlu diberitahu tentang risiko ini, andaikata mereka berhasrat untuk menjadikan kerjaya digital content creator sebagai kerjaya utama/part time, walaupun pada ketika ini nampak selesa. 




Mendifinisikan vegan, plant-based dan vegetarian sebagai seorang Muslim

Seorang atau komuniti Muslim tidak sekali-kali mengharamkan sembelihan kerana ia adalah wajib untuk makanan yang halal; walaupun jika ada orang kata, mematikan haiwan dengan cara lain (bukan sembelih) adalah paling tidak menyakitkan.

Begitu juga ibadah korban dan akikah yang merupakan ibadah yang sangat dituntut walaupun tidak wajib.

Kita sebagai Muslim tidak perlu terkongkong dengan definisi vegan, plant-based dan vegetarian yang sedia ada; sebaliknya kita perlulah mempunyai definisi yang tersendiri untuk harmoni dengan prinsip Islam yang menjadi tunjang utama.

Kita bukanlah golongan radikal. Bahkan Kita adalah golongan yang bersederhana dalam setiap keadaan.

Dunia pun kita mahu, apatah lagi akhirat yang kekal abadi.

InsyaAllah dalam group facebook ini selain dari berkongsi pengalaman, kita juga mahu aman dengan gerakan ini walaupun sekali sekala kita akan berhadapan dengan provokasi.

Bacaan seterusnya yang lebih lengkap [LINK]

Ahad, 25 Jun 2023

WHY DOCTORS DON'T RECOMMEND VEGANISM #2: Dr Neal Barnard


Saya minat dengan beliau. Sebabnya cara dia menerangkan tentang perkara berkaitan dengan diet vegan/plant-based sangat mudah untuk difahami. Mungkin disebabkan beliau adalah doktor yang praktis apa yang dia cakap. Beliau juga dah lama mengamalkan diet vegan/plant-based. BIODATA

Oh jangan terpedaya dengan tajuk video ni. Tajuk ini bermaksud doktor menegah orang jadi vegan sebab nanti kurang orang sakit datang jumpa doktor = kurang income.

 

Kajian: Pemakanan yang melebihkan plant-based boleh mengurangkan masalah kesihatan mental


Masalah kesihatan mental pada zaman ini, sudah terlampau banyak. Keperluan kita sebagai ibubapa, untuk turut sama mencari jalan penyelesaian yang melanda generasi anak-anak kita sudah terlampau mendesak. Sedangkan masalah ini boleh kata hampir tidak wujud, asing dan janggal di zaman remaja kita (80an, 90an dan awal 2000). Salah satu cara untuk mengurangkan masalah kesihatan mental ini ialah melalui diet pemakanan (lihat flyer di atas). Dan salah satu yang diet yang cemerlang dalam membantu kesihatan mental ialah vegan/plant-based.

-------

Artikel asal. *Diterjemah menggunakan google translate yang kemudiannya saya buat proofread secara santai.

Satu kajian baru-baru ini mendapati bahawa orang yang kerap mengambil makanan tumbuhan, seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, kurang berkemungkinan mengalami gejala kesihatan mental negatif yang berkaitan dengan kemurungan, tekanan, dan kebimbangan. Ketahui lebih lanjut tentang corak pemakanan dan potensi kesan psikologi yang boleh mereka miliki dalam kemaskini penyelidikan ini.

Kadangkala tekanan hidup yang kita alami daripada berinteraksi dengan dunia di sekeliling kita terasa begitu melemaskan. Tetapi bagaimana jika kita boleh membantu mengurangkan beberapa tekanan tersebut hanya dengan membuat pilihan diet yang lebih memberi manfaat? Dalam kajian terbaru yang diterbitkan dalam British Journal of Nutrition, didapati bahawa manfaat pemakanan yang dikaitkan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai kesan positif terhadap kesihatan mental.

Peserta dalam kajian dalam talian ini ialah seramai 428 lelaki dan wanita yang sihat berumur antara 18-60 tahun. Para peserta melengkapkan soal selidik tentang tabiat pemakanan dan kesihatan mental mereka. Soal selidik juga termasuklah soalan tentang kesihatan umum, pengambilan alkohol mingguan, tabiat senaman, dan status merokok peserta. Dalam kajian itu, peserta yang mengambil makanan tumbuhan yang kaya dengan nutrien, dilaporkan mempunyai kesihatan psikologi yang positif. Sementara itu, peserta yang makan makanan yang kurang nutrien, seperti makanan ringan yang diproses tinggi, melaporkan pengalaman kesihatan psikologi negatif dalam bentuk kebimbangan, kemurungan, dan tekanan (stress).

Masakan kobis cina

Secara umum kita tahu bahawa diet boleh menjejaskan kesihatan mental, tetapi penyelidikan masih belum mendedahkan sepenuhnya hubungan antara kesihatan mental dan corak pemakanan yang buruk. Walau bagaimanapun, penyelidik percaya bahawa diet tinggi tenaga (kalori) tetapi rendah mikronutrien, antioksidan, dan serat boleh mengurangkan fungsi otak yang optimum, yang boleh menjejaskan kesihatan psikologi secara negatif dan meningkatkan disfungsi kognitif. Jadi, makanlah lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, kekacang, kacang, biji, herba dan rempah ratus untuk mengembalikan perasaaan dan emosi yang lebih baik!

Dalam kajian yang lain, didapati bahawa makanan ringan (junk food) yang mengandungi asid lemak trans-tak tepu (trans-unsaturated fatty acids) dikaitkan dengan peningkatan risiko kemurungan untuk peserta, 8-10 tahun selepas kajian awal yang telah dibuat. Maklumat ini, digabungkan dengan keputusan kajian semasa, menunjukkan bahawa kesihatan psikologi boleh dipengaruhi secara positif oleh makanan tumbuhan yang kaya dengan nutrien atau dipengaruhi secara negatif oleh makanan yang kurang nutrien. Ini adalah maklumat yang sangat penting! Apa yang kita makan penting, sekarang dan untuk masa akan datang. Jika kita memberi badan kita nutrien yang diperlukan, maka kesihatan fizikal dan mental kita boleh bertambah baik bukan sahaja untuk sekarang, bahkan untuk masa hadapan juga. Sebaliknya, jika kita mengabaikan keperluan pemakanan yang baik untuk kita, akibatnya ialah ia boleh menjejaskan kualiti hidup kita.

Jadi apa lagi, cubalah ubah cara kita makan!

Sup herba bersama sayur

Rujukan:

Sánchez-Villegas, A, Verberne, L, De Irala, J, et al. (2011) Dietary fat intake and the risk of depression: the SUN Project. Plos One 26, 162–168.

Tuck, N., Farrow, C., & Thomas, J. (2022). Frequency of fruit consumption and savoury snacking predict psychological health; selective mediation via cognitive failures. British Journal of Nutrition, 1-10. doi:10.1017/S0007114522001660


Lunch & dinner 24 Jun 2023


Lunch nasi goreng bersama sayuran karot, brokoli dan bunga kobis. Cendawan portabello grilled berempah. Sayuran potong tomato, timun dan bell pepper kuning yang dicampur dengan sos apa ntah wife buat - tak sempat nak tanya sebab dah lapar.
 
Sayuran potong tomato, timun dan bell pepper kuning yang dicampur dengan sos macam lunch di atas. Asparagus grilled. Sayuran hijau raw. Yang putih tu tofu dengan rempah bawahnya steak kobis.

Alhamdulillah 100% vegan/plant-based

Sabtu, 24 Jun 2023

Kenapa ayam diberi makan antibiotik?

 


Bukanlah disebabkan ayam tersebut asalnya sakit. Tetapi supaya ayam itu:

  1. Boleh tahan hidup dalam keadaan sangkar ayam yang kotor dan overcrowded.
  2. Atas sebab ayam tersebut telah pun genetically-modified supaya boleh membesar 4 kali lebih pantas dari apa yang sepatutnya, yang menjadikan antibiotik itu amat perlu bagi ayam.
Hampir 80% dari antibiotik yang dikeluarkan oleh gergasi farmasi adalah digunakan untuk kilang ternakan haiwan.

- dokumentari Eating Animals (2017)



Soalan:
  • Ada kesan tak kepada kita yang makan setiap masa (sarapan, lunch dan dinner) dan setiap hari (7 hari seminggu)?
  • Ada kesan tak kepada kita kalau kita kurangkan makan ayam, katalah hanya sekali seminggu (waktu lunch hari Ahad)?
  • Atau takde kesan apa-apa?


    Lunch & Dinner 23 Jun 2023


    Untuk lunch, pasta dengan kuah tomyam cream. Ada lobak putih, brokoli dan kentang baby rebus. Sepatutnya tomyam cream tu pakai susu lembu tapi wife ganti dengan susu oat.
     
    Untuk dinner pulak tiada grain (nasi, pasta etc). Ada tempe air-fried, keledek 3 warna rebus, campuran sayur hijau, tomato, nanas MD2 dan kemudiannya ditabur dengan rempah.

    Alhamdulillah 100% vegan/plant-based.

    LANGSUIR Occultus Mysticism 30th Anniversary Tour 2023


    Bukan tour sangat pun. Saja je ambil feel macam bands international yang tour antara benua. Tour antara negeri pun dah ok dah ni. Date pun jauh-jauh hahaha...

    Macam tak percaya dah 30 tahun. Ada tiga lagu dalam demo ni [LINK]. Saya yang bikin kesemua lagu dan lirik untuk demo ini masa di MRSM Muar ketika berumur 16 tahun uuuuuiiii.. Anak saya sekarang pun dah ada yang umur 22 tahun. Paling rare, takde sorang pun anak yang minat muzik jenis ini hahaha... OK la kan, you choose your own liking. I have mine, you have yours.

    Muar dah setel, next is Sibu. Orang Sibu ayuh kita beramas mesra!


    Sempat juga ex-students kat UTP troll saya ye. Grrr... Bukan I tak tau you all sok sek sok sek kat belakang tu masa kuliah pasal Langsuir.



    Jumaat, 23 Jun 2023

    Dinner 22 Jun 2023


    Untuk melajukan turun berat badan, saya dan wife bersetuju untuk makan nasi/pasta (grains) di waktu lunch dan meninggalkan keduanya ketika dinner.
    Ini adalah hasilnya untuk dinner. Bunga kobis grilled dengan ntah apa rempah wife sapu tu. Asparagus grilled. Baby potato rebus dengan sedikit garam. Sayur kale mentah.

    Alhamdulillah 100% menu sayuran.

     

    Khamis, 22 Jun 2023

    Target berapa lama nak vegan?

     

    Kalau boleh, berpanjangan la kan?

    Dan rasa macam boleh berpanjangan sebab impak positif terhadap kesihatan saya, menjimatkan kos barangan dapur dan pelbagai lagi kesan sampingan yang positif.

    Sekarang ni matlamat saya nak memperbanyakkan kaum. Kaum apa? Kaum melayu islam yang melebihkan makan sayuran dari dagingan. Jom!

    p/s: ada soalan nak tanya? Tinggalkan komen di facebook atau di blog.


    Berapa banyak farmasi di kawasan perumahan anda?


    Perasan tak? Makin banyak kedai farmasi di kawasan perumahan kita.

    Dari susah nak mencari sampai kat mana-mana pun boleh jumpa.

    Teori konspirasi apa kita nak bagi tentang ini?

    Tiada teori konspirasi, cuma fakta iaitu makin ramai antara kita yang tak sihat.

    Kita kena ambil tindakan supaya kita dan keluarga kita makin sihat dan kurang menjadi pelanggan kepada farmasi dan makan ubat.

    Kita kena faham bahawa matlamat industri farmasi dan ubat adalah keuntungan. Kesihatan yang ditawarkan adalah driven by profits. Lagi ramai orang sakit, lagi untung farmasi dan syarikat ubat.

    Tidaklah pula saya kata mereka ini jahat. Kita perlukan mereka. Dan tidak salah pun ambil untung dari kesihatan orang lain. Bila makin banyak permintaan, maka makin banyak penawaran ie farmasi bercambah merata-rata. Dan ini bukan satu fenomena yang patut dibanggakan.

    Ini termasuklah juga lambakan supplements yang ada yang kadang-kadang tak tahu hujung pangkal. Beli dan amal sebab dijanjikan dengan kesembuhan. Walhal tak perlu pun supplement tu, cuma kita usahakan sikit dapatkan bahan-bahan supplement tu dan makan terus je.

    Tanda kita sihat yang sebenar ialah kita sihat tanpa makan apa-apa ubat. Kalau makan ubat baru sihat, itu adalah tanda kita tak sihat.

    Apabila tak sihat, nasihat yang kita dapat dari tuan doktor ialah ubah cara hidup. Dan selalunya kita buat donno je. Silap-silap kita nak marah doktor pulak. Bagi ubat je sudah la, apa nak nasihat-nasihat. 

    Begitulah keyakinan kita terhadap ubat. Makan ubat = sihat.

    Sampai bila kita akan berfikiran begini? 

    Sedangkan nasihat yang selalu diberi kepada kita ialah ubah gaya hidup (lifestyle), sikit pun kita tak praktikkan. Ubah gaya hidup yang paling penting itu termasuklah ubah cara pemakanan kita.

    Saya harap makin ramai orang Melayu menjadi vegan


    Umum tahu bahawa orang Melayu kita ni adalah orang yang tak menggemari sayur berbanding dari kaum yang lain. Kita biasa dengan kaum Cina dan India yang vegetarian atau vegan. Namun jarang sekali kita dengar melayu yang vegan/vegetarian.

    Masakan Melayu melebihkan kesedapan pada daging tetapi mengenepikan kesedapan pada sayuran. Dengan lain perkataan, kalaupun ada masakan sayur yang dimasak, fikiran dan usaha pada masakan sayuran itu jatuh kepada no 2, 3, 4... bukan no 1.

    Bahkan ada antara kita yang menolak terus makan sayur.

    Apabila kita melebihkan makan daging maka banyak perkara negatif pada kesihatan akan muncul. Melebihkan dalam konteks ini ialah setiap waktu makan dan setiap hari. Kita boleh check pemakanan kita seharian - pastinya setiap kali makan pasti ada daging (ayam, ikan, lembu, kambing etc). Sedangkan sayur dipinggirkan dan tidak diberi perhatian.

    Antara perkara negatif yang mula-mula akan muncul ialah masalah berat badan. Kajian dari Universiti Malaya mengatakan bahawa masalah berat badan di Malaysia sudah kritikal dan sudah menjadi bom jangka [LINK].

    Malaysia has the highest prevalence of obesity among adults in South East Asia. In the 2019 National Health and Morbidity Survey, 50.1% of our adult population were reported to be overweight (30.4%) or obese (19.7%). Obesity is a risk factor for non-communicable diseases (NCDs) like type 2 diabetes, cardiovascular disease and several cancers such as breast, large intestine, pancreas and kidney cancers. Compared with normal-weight individuals, obesity increases the risks of type 2 diabetes by sevenfold in men and a 12-fold increase in women.

    Dan faktor yang menyebabkan ini adalah - pusing camana pun ia akan menumpu kepada sebab utama - pemakanan.

    Ya, memang ada pelbagai jenis diet yang boleh diikuti. Yang pasti setiap diet itu akan ada kriteria utama ini iaitu - lebihkan makan sayur dan kurangkan makan daging. Dan jika kita folo kajian-kajian saintifik terkini, kebanyakannya akan mengatakan mengurangkan pemakanan daging (sehabis kurang) dan menambahkan (memaksimakan) pemakanan sayuran akan memberi impak sangat positif terhadap kesihatan - termasuklah dapat mengurangkan berat badan dengan sangat efisien.

    Saranan dari Universiti Malaya itu pun mendesak kita supaya melebihkan sayuran dalam makanan kita, iaitu separuh dari pinggan kita mestilah dari sumber sayuran/buahan. Bahkan grain yang 1/4 (suku) itupun sumber sayuran (nasi, pasta). Sumber daging hanyalah 1/4 (suku),

    1. Follow a healthy plate according to the concept of “suku suku separuh” or “Quarter quarter half”. (Details: ¼ plate – of grains or grain products, preferably whole grains; ¼ plate of fish or poultry, meat, or egg and ½ plate of fruits and vegetables)

    Saya pun bukanlah orang yang sihat sepenuhnya ataupun sudah sampai pada tahap berat badan ideal, tetapi saya ke arah itu dengan menggunakan plant-based diet sebagai gaya hidup saya sekarang ini. Sebelum ini saya telah ikuti program diet keto dan intermittent fasting dengan impak yang juga positif terhadap berat badan. Dan saya tahu kenapa saya ikut dua program tersebut - sebabnya mengelakkan sayur sebagai makanan utama dan melunaskan nafsu suka akan daging.

    Laporan yang sama mengingatkan kita bahawa pemakanan kita bukan sahaja akan bagi kesan kepada berat badan, bahkan semakin dekat atau jauh kita dengan penyakit-penyakit kronik,

    1. Remember, obesity is not just about physical appearance. It is a disease that could give rise to other NCDs.

    Namun, diet plant-based ini memberikan kesan positif yang lebih banyak, bukan sekadar kepada berat badan dan kesihatan. Bahkan kepada masalah sustainability, ethics, environment dan lain-lain. Terlampau panjang untuk dihuraikan tetapi kita boleh explore sendiri kerana terlampau banyak data dan fakta dan peer-reviewed articles yang menjelaskan setiap fakta-fakta tersebut. Nantilah kalau ada masa saya akan tulis kesan pemakanan kita terhadap sustainability, ethics, environment dan lain-lain pula sebab topik ini adalah topik yang berat.


    Lunch 21 Jun 2023

    Kobis cina (steamed). Sesame oil Kewpie. Sos tiram vegetarian. Bawang goreng.

    Itik tiruan (sumber soya) bakar guna air fryer. Boleh dibeli dari pasaraya besar. Nota ini adalah makanan proses. Jangan makan selalu sekali sekala tak mengapa.

    Kuah lemak kuning yang isinya nanas MD2, cendawan fungus hitam dan bayam.

    Nasi basmati dengan chia seed ditabur sekelumit.

    Alhamdulillah 100% plant-based. Sedap dan kenyang.









     

    Rabu, 21 Jun 2023

    Dah tengok dokumentari The Game Changers?


    Sebelum ini saya sarankan tengok dokumentari The Game Changers di Netflix. Amacam? Dah tengok ke? Tengok la please.

    Dokumentari ini telah ditonton sebanyak 100 juta kali sejak pertama kali ia dirilis pada tahun 2018.

    Bahkan disebabkan sambutan luarbiasa terhadap dokumentari tersebut, sequel kepadanya telah pun dirancang [LINK]

    Antara produser kepada dokumentari ini termasuklah James Cameron, Arnold Schwarzenegger dan Jackie Chan, to name a few.

    Mesti ada sebab kan?

    Tonton sekarang, please. Di Netflix. Ini mungkin merupakan dokumentari paling penting dalam kehidupan anda yang berkait dengan pemakanan.



    Lunch 21 Jun 2023


    Lunch kali ini agak stress sikit. Sebabnya takde nasi.

    Tapi kesannya pada berat badan sangat signifikan. Pengurangan berat yang agak jelas selepas timbang.

    Saya mula tertanya, perlukah saya stress untuk teruskan pengurangan berat badan? Tiada keputusan setakat ini. Masih berfikir.

     

    Langsuir koreografi


    Ini je la step yang boleh dibuat tatkala riff gitar rilek-rilek. Ini pun dah nak terkolap dah haha...

     

    Selasa, 20 Jun 2023

    Lunch 19 Jun 2023

    Mula-mula kita ada nasi basmati. Ditabur dengan chia seeds sikit.

    Kita ada asparagus dan tofu masak sesame. Ditabur dengan daun bawang.

    Kemudian kita ada pula cauliflower masak kicap. Cauliflower tu salut tepung dan goreng.

    Digabungkan semua jadilah juadah yang power ini. Take note, sayuran mentah adalah dari kalangan lettuce hijau dan ungu dan juga sayur kale. Semuanya boleh dibeli dari pasaraya besar. Kalau rajin, boleh tenam sendiri pun.

    Alhamdulillah 100% plant-based. Kurangkan, sekurang-kurangnya sumber meat-based.
    Adakah anda masih rasa jijik melihat juadah sayur? Jika ya, kesihatan anda dalam bahaya.

    Isu internship


    Saya berpendapat, bayarlah sikit pada intern tu. Kalau ada modal la.

    Kalau takde modal, takpe tak bayar. Dah modalnya takde, nak bayar macamana kan?

    Cumanya, jangan sombong; baik intern mahupun boss. 

    Jangan cebik bila offer elaun sikit (intern), dan jangan kedekut taik idung masin bila nak ambik intern (boss).

    Alhamdulillah kata intern, walaupun elaun kecil (atau takde), tapi banyak pengalaman baru yang aku dapat dan aku dapat praktik apa yang diajar masa kat kuliah.

    Alhamdulillah kata boss, dapat aku sorang intern ni yang satu hari nanti akan mengembangkan industri aku ni yang terbit rezeki aku darinya. Takpelah, keluar modal sikit harap-harap Allah swt permudahkan rezeki aku nanti.

    Niat utama kita ialah belajar (intern) dan mengajar (boss). 

    Dua-dua insyaAllah dapat manfaat rezekinya yang dikurniakan oleh Allah swt atas rahmatNya.

    Plant-based diet dan kesihatan kulit

    Beberapa hari dah wife kata kat saya, eh kulit (muka) Abang nampak mulus la.

    Saya buat tak tahu je pada mulanya. Tapi kalau dah beberapa kali diberitahu, eh, lain macam pulak ni.

    Dan tadi pagi ketika cuddle camtu, betul la Bang... mulus. Bintik-bintik merah pun dah tak ada. Nampak bercahaya sikit.

    Ini tak boleh jadi, kata saya dalam hati. Terus saya melompat tengok dalam cermin bilik air. 

    Benar kata wife.

    Saya pun google la sikit dengan katakunci "vegan effect to skin".

    Ini hasil carian.


    Juga ini Try A Vegan Diet For Skin Health To Get Your Glow On.

    Dan ini Vegan Diet Benefits for Skin

    Tak lama lagi nampak gaya boleh minta keje modelling haha.. go vegan!

    Woman clears up acne by going vegan after spending £10,000 on treatments that didn’t work [LINK]


    Kenapa kembali kepada blogging?



    Zaman blogging saya sebenarnya berakhir pada tahun 2015 di Krenmaut. Ya ada la sikit entry sampai tahun 2017 tapi semua tu dah malas. 

    Pertamanya, sebab dah ada facebook. Di facebook ni, respons untuk setiap posting boleh dapat ratus-ratus yang mana agak rare untuk blog. Silap-silap jadi viral. Jadi isu nasional dah tu kalau viral. Hang tulis hang mimpi jatuh longkang pun respons boleh jadi gila-gila kat facebook.

    Tapi di facebook pula menyebabkan saya segan sikit menulis. Apatah lagi menulis panjang-panjang. Ini adalah kerana kadang-kadang apa yang saya tulis tu, saya nak rujuk balik. Dan di facebook, susah nak cari balik apa yang kita tulis. Blog senang sikit nak mencari balik.

    Lagipun, kat facebook ni banyak sangat noise, distortion dan kesemakan. Tu yang ramai tak tahan, tutup atau disable facebook diorang bila keadaan dah tak terkawal.

    Tapi di blog, tenang-tenang gitu. 

    Yang keduanya, saya pun dah malas nak tulis sangat mengenai muzik. Bukan takde benda nak ditulis, tetapi sudah takde motivasi macam dahulu. 

    Kena ada topik besar yang beri motivasi saya untuk menulis.

    Dan akhirnya, saya telah terjumpa topik besar yang saya sangat suka untuk menulis. Plant-based diet! 

    Saya dalam proses exploring dan mengamalkan plant-based diet ini. Dan terlampau banyak benda baru saya jumpa. Dan terlampau banyak benda yang saya nak belajar balik.

    Sampai terdetik dalam kepala otak saya ini, eh, hang ambik je la diploma nutrition kat UiTM! Haha... 

    Kesimpulan yang boleh dibuat ialah, ya saya mahu kembali menulis dan tulisan itu mudah untuk saya rujuk di kemudian hari. 

    Bonus jika ada apa-apa yang ditulis ini orang lain juga dapat manfaat.

    Blogging is the way.


    Isnin, 19 Jun 2023

    Lunch 18 Jun 2023

    Masak lodeh dengan rendang adalah juadah istimewa arwah mak saya apabila datangnya hari raya. Ini adalah juadah yang sangat-sangat ditunggu. Zaman itu, kalau ada ini dua dengan ketupat/nasi himpit, memang akan makan sampai tersandar sebu perut.

    Masalahnya sekarang, sejak dua menjak amal plant-based diet ni, camana pulak nak makan. Terutamanya rendang tu. Takkan rendang sayur kot?

    Oleh kerana diet itu susah jika solo tetapi lebih mudah bila ada group, maka saya telah minta ahli group diet saya, iaitu isteri saya (haha) untuk menyediakan juadah ini, 100% plant-based.

    Maka tersedialah juadah ini 100% plant-based. Dan rupa-rupanya rendang 200% plant-based ni sudah lama diadaptasi. Google saja.

    Rendang vegan. Pengganti kepada daging/ayam ialah cendawan. Cendawan yang digunakan ialah cendawan Portobello dan Eringi. Kedua-dua jenis cendawan ini ada dijual di pasaraya besar.

    Masak lodeh ni takde potongan ayam. Lebihkan tempe je untuk dapatkan tekstur tu.

    100% plant-based. Satu lagi kejayaan untuk group plant-based diet saya. Tahniah!



    Kalori seorang pengamal plant-based diet

     Dalam kes ini, untuk pengamal diet plant-based. Kalori meat-based cari sendiri la ye.



    Versi pdf boleh download SINI



    Versi pdf boleh download SINI


    LINK ASAL perhatikan kalori apa jenis minyak pun lebih kurang je iaitu SANGAT tinggi kalau dibandingkan dengan kalori sayur dan buah di atas.

    Durian? 147 kalori per 100 gm.

    Sedangkan, 

    An ideal daily intake of calories varies depending on age, metabolism and levels of physical activity, among other things. Generally, the recommended daily calorie intake is 2,000 calories a day for women and 2,500 for men. [LINK]

    Krisis gula dan diet

     


    Harga gula kita antara yang termurah di dunia. Tapi kita boleh maintain harga murah sebab pembekal utama gula ada kaitan dengan kerajaan. So kerajaan deal la dengan pembekal utama untuk pastikan harga gula tu murah. Dari segi ekonomi memang tak feasible. Lama-kelamaan pembekal boleh fed up ataupun bungkus terus. Pembekal swasta of course la tak mau masuk campur. Nak jual pebende, dah kalau jual rugi?

    Bekalan gula adalah 100% fully imported pulak tu.

    Anyway... boleh kata berita baik la juga kepada mereka yang sedang diet andaikata harga gula dibebaskan kepada harga pasaran dan bukan harga subsidi. Kita nak beli gula nanti pun segan (poket la yang segan).

    Dah la racun kan?

    Semalam beli apam balik sedap kat Presint 11, Putrajaya. TERLUPA nak bagitau, jangan taruk gula. Dah terbeli dengan taburan gula. Ngap juga la sebab dah terbeli, kan? Lepas tu rasa menyesal haha...

    Dan kita kena faham bukan saja kita ni terperangkap dengan kesedapan keracunan ketagihan gula ni. Kita dah lama hidup ni boleh la buat keputusan nak makan ke tidak. Tapi kesian kat anak-anak kita. Setiap masa makan makanan yang dipenuhi gula. Kita yang dah sedar pun tengok je macam tu. Nak dilarang, rasa kesian. Nak masak sendiri tanpa gula, tak makan pula. Gitu la.

    Akhirnya, anak-anak kita pun dapat penyakit yang kita dapat. Walhal, kita pun dah tau apa punca penyakit tu. Diet kita la. Kita je amal diet yang sihat. Anak terbiar macam tu makan apa yang dia nak semua kita belikan. Makan dan makan dan makan.

    Tapi mak bapak kena firm la. Kurangkan gula, kira lekeh le dah ni, Sebaiknya, tiada gula. Maksudnya tiada gula buatan.

    Nak manis, kita biasakan dengan manisan gula semulajadi dari tumbuhan, yakni, plant-based. Tak tau le kot sumber meat-based ni ada gula semulajadi.

    Sabtu, 17 Jun 2023

    Lunch 17 Jun 2023 - Sup kambing vegan

     

    Kambing vegan (kemungkinan mushroom-based, malas nak tengok di plastik bungkus). Boleh didapati dari pasaraya AEON Big.


    Sup mamak homemade. Resipi boleh google. Tomato tu kata pakar, sebagai ganti MSG untuk perasa. Note pastikan sup tak dicampur dahulu dengan lauk lain untuk mengelakkan rasa sup tu diganggu oleh sayur. Asingkan.


    Disatukan semua lauk dengan nasi basmati. Bunga kobis dan brokoli adalah lauk semalam, dipanaskan (zero waste). Tambahan sayur segar dan daun selon.

    Kalau ada bajet lebih boleh tabur chia seed. Kelebihan chia seeds boleh baca SINI.

     Kenyang dan sedap alhamdulillah 100% plant-based.