Menggalakkan makan tumbuhan (plants) untuk kesihatan. Mengurangkan makan haiwan (animals). Sambil-sambil tu, minat muzik metal keras. Dan juga seorang Melayu Muslim. *Semua masakan adalah dimasak oleh isteri saya (saya tukang pos ke blog sahaja hehe). Ke arah mati umur 60-70 tahun sebab tua bukan mati 40-60 tahun sebab sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser.

Khamis, 22 Jun 2023

Saya harap makin ramai orang Melayu menjadi vegan


Umum tahu bahawa orang Melayu kita ni adalah orang yang tak menggemari sayur berbanding dari kaum yang lain. Kita biasa dengan kaum Cina dan India yang vegetarian atau vegan. Namun jarang sekali kita dengar melayu yang vegan/vegetarian.

Masakan Melayu melebihkan kesedapan pada daging tetapi mengenepikan kesedapan pada sayuran. Dengan lain perkataan, kalaupun ada masakan sayur yang dimasak, fikiran dan usaha pada masakan sayuran itu jatuh kepada no 2, 3, 4... bukan no 1.

Bahkan ada antara kita yang menolak terus makan sayur.

Apabila kita melebihkan makan daging maka banyak perkara negatif pada kesihatan akan muncul. Melebihkan dalam konteks ini ialah setiap waktu makan dan setiap hari. Kita boleh check pemakanan kita seharian - pastinya setiap kali makan pasti ada daging (ayam, ikan, lembu, kambing etc). Sedangkan sayur dipinggirkan dan tidak diberi perhatian.

Antara perkara negatif yang mula-mula akan muncul ialah masalah berat badan. Kajian dari Universiti Malaya mengatakan bahawa masalah berat badan di Malaysia sudah kritikal dan sudah menjadi bom jangka [LINK].

Malaysia has the highest prevalence of obesity among adults in South East Asia. In the 2019 National Health and Morbidity Survey, 50.1% of our adult population were reported to be overweight (30.4%) or obese (19.7%). Obesity is a risk factor for non-communicable diseases (NCDs) like type 2 diabetes, cardiovascular disease and several cancers such as breast, large intestine, pancreas and kidney cancers. Compared with normal-weight individuals, obesity increases the risks of type 2 diabetes by sevenfold in men and a 12-fold increase in women.

Dan faktor yang menyebabkan ini adalah - pusing camana pun ia akan menumpu kepada sebab utama - pemakanan.

Ya, memang ada pelbagai jenis diet yang boleh diikuti. Yang pasti setiap diet itu akan ada kriteria utama ini iaitu - lebihkan makan sayur dan kurangkan makan daging. Dan jika kita folo kajian-kajian saintifik terkini, kebanyakannya akan mengatakan mengurangkan pemakanan daging (sehabis kurang) dan menambahkan (memaksimakan) pemakanan sayuran akan memberi impak sangat positif terhadap kesihatan - termasuklah dapat mengurangkan berat badan dengan sangat efisien.

Saranan dari Universiti Malaya itu pun mendesak kita supaya melebihkan sayuran dalam makanan kita, iaitu separuh dari pinggan kita mestilah dari sumber sayuran/buahan. Bahkan grain yang 1/4 (suku) itupun sumber sayuran (nasi, pasta). Sumber daging hanyalah 1/4 (suku),

  1. Follow a healthy plate according to the concept of “suku suku separuh” or “Quarter quarter half”. (Details: ¼ plate – of grains or grain products, preferably whole grains; ¼ plate of fish or poultry, meat, or egg and ½ plate of fruits and vegetables)

Saya pun bukanlah orang yang sihat sepenuhnya ataupun sudah sampai pada tahap berat badan ideal, tetapi saya ke arah itu dengan menggunakan plant-based diet sebagai gaya hidup saya sekarang ini. Sebelum ini saya telah ikuti program diet keto dan intermittent fasting dengan impak yang juga positif terhadap berat badan. Dan saya tahu kenapa saya ikut dua program tersebut - sebabnya mengelakkan sayur sebagai makanan utama dan melunaskan nafsu suka akan daging.

Laporan yang sama mengingatkan kita bahawa pemakanan kita bukan sahaja akan bagi kesan kepada berat badan, bahkan semakin dekat atau jauh kita dengan penyakit-penyakit kronik,

  1. Remember, obesity is not just about physical appearance. It is a disease that could give rise to other NCDs.

Namun, diet plant-based ini memberikan kesan positif yang lebih banyak, bukan sekadar kepada berat badan dan kesihatan. Bahkan kepada masalah sustainability, ethics, environment dan lain-lain. Terlampau panjang untuk dihuraikan tetapi kita boleh explore sendiri kerana terlampau banyak data dan fakta dan peer-reviewed articles yang menjelaskan setiap fakta-fakta tersebut. Nantilah kalau ada masa saya akan tulis kesan pemakanan kita terhadap sustainability, ethics, environment dan lain-lain pula sebab topik ini adalah topik yang berat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan