Secara umumnya kedai makanan vegan/plant-based majoritinya dimiliki dan diusahakan oleh golongan bukan Islam di negara kita. Dan secara umumnya, pengamal makanan vegan/plant-based juga adalah strict (keras) dalam memastikan bahawa apa yang disaji dan dimakan adalah 100% vegan/plant-based. Bahkan ramai juga yang menyamakan kekerasan ini serupa dengan orang Islam yang mengelak dari makan haiwan yang haram dimakan (babi dan sebagainya).
Belum tentu lagi, kerana kita tidak lagi mengambil kira tentang unsur alkohol/liqour yang mungkin ditambah dalam penyediaan makanan vegan/plant-based. Walaupun diketahui bahawa vegan/plant-based mengelak alkohol/liqour kerana ianya ada unsur haiwan tetapi sebenarnya ada juga alkohol/liqour yang berasal dari tumbuhan. Boleh saja kita google dan antara contohnya di sini [LINK].
Maka sebenarnya tidak cukup dengan yakin atas 100% vegan/plant-based, perlu juga ditanya samada ada unsur alkohol/liqour dalam makanan yang disajikan atau tidak. Sebelum hadir untuk makan ke kedai tersebut, perlu ditanya adakah makanan dalam kedai tersebut bebas alkohol/liqour 100%?
Setelah ditanya, maka terpulanglah samada boleh diteruskan untuk makan atau tidak. Dan semua ini adalah bergantung kepada ketakwaan kita.
Penyelesaian kepada masalah ini adalah dengan meneruskan awareness (kesedaran) terhadap pentingnya kita membanyakkan makan sayuran berbanding haiwan atas sebab kesihatan, sustainability, environment dan etika di kalangan orang Islam. Ini adalah kerana jika banyak permintaan, maka teori ekonomi mengatakan bahawa makin banyak penawaran (demand-supply). Kedai makan vegan/plant-based yang diusahakan oleh orang Islam pun makin bertambah.
Ya, ianya adalah satu harapan/kerja yang nampak susah dan mungkin mustahil tetapi jika tidak diusahakan sekarang, bila lagi?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan