Perasan tak? Makin banyak kedai farmasi di kawasan perumahan kita.
Dari susah nak mencari sampai kat mana-mana pun boleh jumpa.
Teori konspirasi apa kita nak bagi tentang ini?
Tiada teori konspirasi, cuma fakta iaitu makin ramai antara kita yang tak sihat.
Kita kena ambil tindakan supaya kita dan keluarga kita makin sihat dan kurang menjadi pelanggan kepada farmasi dan makan ubat.
Kita kena faham bahawa matlamat industri farmasi dan ubat adalah keuntungan. Kesihatan yang ditawarkan adalah driven by profits. Lagi ramai orang sakit, lagi untung farmasi dan syarikat ubat.
Tidaklah pula saya kata mereka ini jahat. Kita perlukan mereka. Dan tidak salah pun ambil untung dari kesihatan orang lain. Bila makin banyak permintaan, maka makin banyak penawaran ie farmasi bercambah merata-rata. Dan ini bukan satu fenomena yang patut dibanggakan.
Ini termasuklah juga lambakan supplements yang ada yang kadang-kadang tak tahu hujung pangkal. Beli dan amal sebab dijanjikan dengan kesembuhan. Walhal tak perlu pun supplement tu, cuma kita usahakan sikit dapatkan bahan-bahan supplement tu dan makan terus je.
Tanda kita sihat yang sebenar ialah kita sihat tanpa makan apa-apa ubat. Kalau makan ubat baru sihat, itu adalah tanda kita tak sihat.
Apabila tak sihat, nasihat yang kita dapat dari tuan doktor ialah ubah cara hidup. Dan selalunya kita buat donno je. Silap-silap kita nak marah doktor pulak. Bagi ubat je sudah la, apa nak nasihat-nasihat.
Begitulah keyakinan kita terhadap ubat. Makan ubat = sihat.
Sampai bila kita akan berfikiran begini?
Sedangkan nasihat yang selalu diberi kepada kita ialah ubah gaya hidup (lifestyle), sikit pun kita tak praktikkan. Ubah gaya hidup yang paling penting itu termasuklah ubah cara pemakanan kita.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan