Menggalakkan makan tumbuhan (plants) untuk kesihatan. Mengurangkan makan haiwan (animals). Sambil-sambil tu, minat muzik metal keras. Dan juga seorang Melayu Muslim. *Semua masakan adalah dimasak oleh isteri saya (saya tukang pos ke blog sahaja hehe). Ke arah mati umur 60-70 tahun sebab tua bukan mati 40-60 tahun sebab sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser.

Ahad, 24 Mei 2026

Hack otak sendiri paling asas - membaca buku

 


Satu hack otak sendiri paling asas yang perlu masuk dalam list ini ialah membaca buku.

Tetapi membaca buku bukan macam tekan suis lalu terus keluar dopamine, serotonin, oxytocin dan melatonin secara automatik. Yang lebih tepat ialah membaca buku boleh mencetuskan keadaan mental dan fisiologi tertentu yang berkait dengan sistem hormon/neurotransmitter ini.

Dopamine: Bila membaca buku yang menarik, otak sentiasa menunggu “ganjaran” seperti plot twist, kefahaman baru atau rasa puas habis satu bab. Sebab itu kadang-kadang kita rasa susah nak berhenti membaca.

Serotonin: Membaca dalam suasana tenang membantu mengurangkan stres dan memperlahankan “kebisingan” mental. Sebab itu ramai rasa lebih relaks dan stabil emosi selepas membaca.

Oxytocin: Membaca novel, memoir atau kisah manusia membantu kita memahami emosi dan perspektif orang lain. Sebab itu pembaca tegar biasanya lebih mudah berempati.

Melatonin: Membaca buku fizikal sebelum tidur membantu otak masuk ke mod rehat tanpa gangguan cahaya skrin. Itu sebab membaca selalu dikaitkan dengan tidur yang lebih berkualiti.

Membaca buku melibatkan fokus, imaginasi, memori, kefahaman, emosi dan disiplin kognitif. Dalam lain kata, otak bukan duduk pasif bila membaca. Otak bekerja. Otak menyusun makna. Otak membina hubungan antara idea, pengalaman dan perasaan.

Kepuasan memahami sesuatu perkara baru atau perkara yang lama dah kita nak mencari jawapan melalui pembacaan membuatkan kita puas! Itu ada unsur ganjaran mental. Baca novel pula boleh melatih empati sebab kita masuk ke dalam dunia, konflik dan jiwa orang lain. Baca buku sebelum tidur pun jauh lebih baik daripada melayan skrin sampai mata pedih dan kepala serabut.

Membaca adalah satu latihan mental. Ia membina daya fikir, menenangkan fikiran dan dalam banyak keadaan, membantu kita memahami diri sendiri dengan lebih menyeluruh, transparen dan lebih jujur.

Tak kisahlah buku agama, sejarah, falsafah, muzik, novel seram, biografi, atau zine underground sekalipun. Kalau ia membuatkan kita berfikir, merasa dan memahami hidup dengan lebih baik, itu pun “hack” otak juga.

Iqra" (اقْرَأ) Bacalah... (terjemah ayat pertama Al-Quran yang turun kepada manusia).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan