Semalam saya sempat bersama majlis pradengar mini album Celestial Chaos dan album Black Day Massacre Herriot Band (Official). CC sudah rilis melalui Goatlordth Records sedangkan BDM diperam dahulu. Semuanya diperdengarkan semalam.
Ulasan penuh keduanya akan dibuat kemudian. Saya sekadar mahu mengulas majlis semalam. Cukuplah sekadar saya nyatakan bahawa untuk Engkar, saya meletakkan album SIL KHANNAZ The Madness of Fear sebagai batu aras, terapi untuk rilisan Langsuir seterusnya, BDM pula akan menjadi batu aras. Ya, sebaik itu produksinya dan jika tidak diusahakan band lain di Malaysia, ia akan kekal di atas untuk beberapa lama.
Majlis berjalan dengan baik sekali hasil dari kerja keras Goatlordth Records dan juga PR suami isteri Amin Muhammad dan Hidayah Nor. Untuk pengetahuan semua, Langsuir tidak pernah skip majlis pradengar album semenjak rilisnya Dirgha Belasungkawa (2019). Saya berpendapat, majlis pradengar ini hendaklah menjadi amalan biasa band kita. Banyak manfaatnya.
Herriot menjemput juga bekas-bekas ahli band untuk sama-sama menjayakan majlis. Setiap mereka berpeluang untuk menjawab soalan yang ditujukan dan juga memberi refleksi terhadap penglibatan mereka bersama Herriot.
Herriot menegaskan komitmen untuk terus berpegang dengan prinsip "Gotheborg", untuk mendapatkan jiwa dan raga jatidiri melodik death metalnya tanpa rasa segan apatah lagi rasa bersalah. Oleh sebab itu, diusahakan CC dan BDM dirakam (kecuali vokal) dirakam di Fredman Studio dibawah pengawasan teliti Fredrik Nordström.
Dinyatakan bahawa langkah ini dibuat bukan kerana tidak mempercayai skill lokal yang ada tetapi talent yang ada tiada pengalaman menyelenggara produksi album dari band Gotheborg sendiri seperti In Flames, Dark Tranquillity dan lain-lain. Mereka berharap dengan pengalaman bersama dengan Fredrik nanti boleh digunakan untuk rakaman di Malaysia.
Saya bersetuju. Ada bezanya dan saya merasa sebab album Dirgha Belasungkawa dirakam di Bandung, Indonesia.
Dari segi peralatan, memang tidak banyak beza. Semua boleh dibeli kalau ada duitnya. Yang tidak boleh dibeli ialah kepakaran individu yang menyelenggara. Oleh itu, saya juga menggalakkan band kita untuk merakamkan album kalian di luar Malaysia. Pengalaman itu tidak dapat diucapkan dengan tulisan mahupun bicara bahkan perlu dirasa sendiri.
Andai Fredrik, berkeinginan berbuat sesuatu di Malaysia; dengan ini saya menawarkan Studio Harimau Jadian untuk digunakan oleh beliau secara percuma tanpa had masa.
Shahamzeer Jotunblood (Chen) juga meluahkan perasaan terima kasih kepada Langsuir atas sokongan dan inspirasi dan saya membalas yang sama. Founder ke founder, kami melihat kejayaan masing-masing sebagai persaingan yang sihat positif dan bukan menjadi alasan untuk bercakaran. Jika ini dilihat sebagai bodek membodek sesama sendiri, ada sesuatu yang tidak kena dengan worldview anda kerana persaingan tidak selalunya dan semestinya bersifat negatif.
Saya dapat merasakan keperitan bersama Chen dalam meneruskan band seumpama Herriot yang penuh dengan pancaroba dan pengorbanan. Pancaroba bersama menguruskan ahli band yang keluar masuk dan juga pengorbanan harta benda dan masa. Keperitan ini tidak dapat dirasakan bersama melainkan anda juga seorang founder kepada band yang mahu diteruskan juga by hook or by crook.
Akhir kalam, tahniah kepada Herriot dan mereka yang terlibat dalam majlis pradengar CC dan BDM. Saya berasa terhormat kerana dijemput bersama untuk meraikan kegembiraan bersama. Dan semoga majlis pradengar ini berterusan menjadi amalan band di Malaysia, tak kira baru atau lama.
Ulasan berkenaan rilisan akan menyusul kemudian.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan