Saya sedang membaca buku teks Archetypes of Wisdom: An Introduction to Philosophy (Douglas J. Soccio). Selepas bab pendahuluan, bab kedua adalah berkenaan Eastern Philosophy - Lao-Tze, Confucius dan Buddhism.
Sh Hamza Yusuf pernah mengatakan Siddarta Gautama Buddha itu kemungkinan seorang Nabi. Kata beliau, ramai juga cendiakawan Islam yang berkata begitu.
Kebetulan ada sebuah buku karangan Imran Hosein ini yang juga berkait dengan Buddhism. Saya baca intronya untuk cetakan kedua ini (1998) - buku ini ditulis pada tahun 1971 dan dicetak tahun 1972 ketika beliau berumur 29 tahun hasil dari gesaan Prof beliau. Foreword asal buku ditulis oleh Prof beliau yang memuji kecerdikan intelek Sh Imran Hosein dan atas sebab itu beliau mengarahkan Sh Imran menulisnya.
Ini adalah buku Sh Imran Hosein yang pertama.
Kenal Sh Imran Hosein ni? Dia kontroversi sebab dua perkara 1. Anti-vaksin covid19 dan 2. Meng-riba-kan majoriti perbankan Islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan