Menggalakkan makan tumbuhan (plants) untuk kesihatan. Mengurangkan makan haiwan (animals). Sambil-sambil tu, minat muzik metal keras. Dan juga seorang Melayu Muslim. *Semua masakan adalah dimasak oleh isteri saya (saya tukang pos ke blog sahaja hehe). Ke arah mati umur 60-70 tahun sebab tua bukan mati 40-60 tahun sebab sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser.

Selasa, 20 Jun 2023

Isu internship


Saya berpendapat, bayarlah sikit pada intern tu. Kalau ada modal la.

Kalau takde modal, takpe tak bayar. Dah modalnya takde, nak bayar macamana kan?

Cumanya, jangan sombong; baik intern mahupun boss. 

Jangan cebik bila offer elaun sikit (intern), dan jangan kedekut taik idung masin bila nak ambik intern (boss).

Alhamdulillah kata intern, walaupun elaun kecil (atau takde), tapi banyak pengalaman baru yang aku dapat dan aku dapat praktik apa yang diajar masa kat kuliah.

Alhamdulillah kata boss, dapat aku sorang intern ni yang satu hari nanti akan mengembangkan industri aku ni yang terbit rezeki aku darinya. Takpelah, keluar modal sikit harap-harap Allah swt permudahkan rezeki aku nanti.

Niat utama kita ialah belajar (intern) dan mengajar (boss). 

Dua-dua insyaAllah dapat manfaat rezekinya yang dikurniakan oleh Allah swt atas rahmatNya.

1 ulasan:

  1. Dulu company lama aku selalu ambil budak2 intern (dulu panggil praktikal). Company bagi elaun, kira lepaslah tambang dan makan tengahari...ada beberapa kali juga kena bawah aku… tapi memang tak banyak yang dapat di ajar…tak boleh nak bagi kerja yang ada tanggungjawab besar...so penyudahnya banyak masa dorang dihabiskan dengan kerja2 buat filing dan photocopy....sekurang2nya dorang dapatlah jugak merasa pengalaman dan suasana kerja tu...

    BalasPadam