Masak lodeh dengan rendang adalah juadah istimewa arwah mak saya apabila datangnya hari raya. Ini adalah juadah yang sangat-sangat ditunggu. Zaman itu, kalau ada ini dua dengan ketupat/nasi himpit, memang akan makan sampai tersandar sebu perut.
Masalahnya sekarang, sejak dua menjak amal plant-based diet ni, camana pulak nak makan. Terutamanya rendang tu. Takkan rendang sayur kot?
Oleh kerana diet itu susah jika solo tetapi lebih mudah bila ada group, maka saya telah minta ahli group diet saya, iaitu isteri saya (haha) untuk menyediakan juadah ini, 100% plant-based.
Maka tersedialah juadah ini 100% plant-based. Dan rupa-rupanya rendang 200% plant-based ni sudah lama diadaptasi. Google saja.
Rendang vegan. Pengganti kepada daging/ayam ialah cendawan. Cendawan yang digunakan ialah cendawan Portobello dan Eringi. Kedua-dua jenis cendawan ini ada dijual di pasaraya besar.

Masak lodeh ni takde potongan ayam. Lebihkan tempe je untuk dapatkan tekstur tu.
100% plant-based. Satu lagi kejayaan untuk group plant-based diet saya. Tahniah!

wah...nampak menarik dan sedap... mungkin nak cuba satu hari nanti...
BalasPadam